Tuesday, February 15, 2011

Our circle of joy ^_^

    Suatu hari, seorang petani bercadang menghadiahkan setangkai rambutan terbaik dari kebunnya, kepada seorang pengembala kambing bersebelahan kebunnya.Dia pun  cakap...
waa.. lama xmakan rambutan.. 

“Rambutan ini adalah rambutan terbaik dari kebun hamba. Ambillah.” 
“Alhamdulillah, terima kasih tuan hamba. Hamba akan sampaikan rambutan ini kepada Tuan Jalak,” tungkas si pengembala.
“Tidak. Rambutan ini hadiah hamba untuk tuan hamba, bukan kepada Tuan Jalak.”
“Untuk hamba?”
“Ya. Kerana setiap kali hamba memerlukan bantuan mengangkut air ketika musim kemarau, tuan hamba selalu membantu hamba. Kadang-kadang tuan hamba memberi hamba minum. Pemberian ini adalah tanda syukur hamba kepada Allah dengan anugerah tanah yang subur dan ditumbuhkan buahan yang cukup cantik ini, dan semoga tuan hamba sentiasa dipayungi rahmat, insyaAllah.”

Si pengembala sangat kagum akan buah rambutan itu, kelihatannya begitu segar dan sedap! Si pengembala ini teringat akan tuannya, iaitu Tuan Jalak, yang selalu memberi peringatan kepadanya agar berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Lalu, si pengembala ini membuat keputusan untuk memberikan rambutan tadi kepada tuannya.
Tuan Jalak sangat berbesar hati menerima pemberian pekerjanya. Kebetulan pada masa itu, isterinya Tuan Jalak sedang demam. Maka Tuan Jalak memberi rambutan tadi kepada isterinya.

“Semoga rambutan ini memberi kegembiraan kepada Dinda,” kata Tuan Jalak kepada isterinya.
Begitupun, si isteri ini terfikir untuk memberi rambutan ini kepada pembantu rumahnya yang menjaganya dengan begitu baik sekali sepanjang dia sakit. Pembantu ini merasakan dia tidak layak menerima pemberian itu, lalu diberikan pula kepada tukang masak, yang selama ini memasak makanan yang sedap untuk Tuan Jalak sekeluarga, tetapi jarang sekali dia merasa makanannya sendiri.

Si tukang masak amat gembira dengan pemberian itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia bertemu dengan jirannya, lalu memberikannya kepada jirannya itu. Fikirnya, tentu jirannya amat menyukai rambutan ini.  Walau bagaimanapun, tukang masak ini terkejut, apabila jirannya menangis terharu menerima rambutan tadi.
What you give, you get back!

Rupanya, jiran tukang masak ini ialah si petani di awal cerita tadi. Terharu kan, bia dia dapat balik pemberiannya pagi tadi, tanpa sedikit pun dimakan. Malah masih kekal cantik dan segar. Lantas, si petani ini kembali kepada pengembala tadi.
“Tuan hamba ambil dan makanlah. Memandangkan tuan hamba berseorangan di sini, mudah-mudahan rambutan ini akan menggembirakan tuan hamba.” Si pengembala tadi tersenyum bahagia menerima rambutan itu.

Kenal pasti siapa circle of joy kita, dan hargailah mereka. Menghargai tidak semestinya dengan memberi je malah berterima kasih juga sebenarnya mampu membuat mereka tersenyum. Firmannya Allah dlm surah Ar-Rahman yang diulang beberapa kali, Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?” 
Wallahualam

No comments:

Post a Comment