Monday, February 14, 2011

12 Rabiulawal



Salam maulud Nabi Muhammad SAW, kepada semua yang baca seisi kakak-kakak dan umi sekalian.

Ucu ni kan, bila dapat laptop, tak sah ek kalau tak tulis apa-apa. Maafkan Ucu sebab menyibuk walaupun bukan giliran Ucu untuk tulis. Hehe.

12 Rabiulawal bukan sahaja tarikh keramat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan ke bumi ini, tarikh ini juga membawa seribu kesedihan kerana telah ditakdirkan oleh Allah untuk Nabi meninggalkan dunia yang fana ini setelah baginda hidup selama 63 tahun dan 3 hari.

Ucu sangat tertarik pada 'Little Book' yang sempat dibeli ketika menghadiri daurah di Bangi kelmarin, yang bertajuk, 'Kami Sungguh Rindu'. Isinya ada menulis tentang sebuah hadis,

"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Baginda merindui kita sehingga sahabat-sahabat baginda cemburu pada kita. Namun, persoalannya, adakah kita merindui Nabi seperti Nabi merindui kita? Adakah kita mengamalkan sunnahnya seperti yang baginda ajarkan? Adakah kita berselawat kepada baginda seperti baginda menyebut, 'Umati, ummati,' saat hembusan nafas terakhir baginda?

Kadang-kadang, kita hanya kerana esok baru hendak Maulud, baru kita teringat. Hehe. Hanya kerana esok ada perbarisan untuk berselawat di sekolah, baru nak buat sunnah Nabi. Bagi Ucu, baguslah sebenarnya dari tak ingat langsung kan? Tapi yang paling penting, bukan kerana tarikh itu, tapi kerana kita percaya Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Kita yakin dan beriman malah mengikuti jejak langkah baginda. Sunnah-sunnah baginda, kita amalkan. Itu yang lebih utama, bukan begitu?

Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta

Biarlah pada hari penentuan itu, Nabi Muhammad SAW tersenyum pada kita dan kita tersenyum pada baginda. ( comelnya )..=) Saat itu, Rasulullah akan mengenali kita dari kesan wudhuk kita. Saat itu juga, baginda pasti berbangga atas kita kerana berjaya menjadi umatnya dan hamba Allah yang bertaqwa ketika berada di dunia. Comel, kan? Dah cukup rasa seronok dah kalau dapat melihat wajah Rasulullah walaupun dari jauh. Pergh, dapat tengok baginda senyum... Masya-Allah !


No comments:

Post a Comment