Tuesday, July 5, 2011

Menelusuri tarbiyyah hati

Renungan+ santapan iman sejenak: 


Melangkah itu mudah,
namun mencari arah itu terkadang payah, 
mencari jalan itu mudah,
namun memahami destinasi itu yang susah, 
menyusuri susur itu mudah,
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah, 
Dalam semua ini...
menjaga istiqamah itu paling susah,
payah dan lelah,
tidak mampu ku membohongi diri ini,
Namun, Dia amat faham,
bagi hambaNya,
Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
hanya perlu untuk melakukan yang terbaik,
meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya,
lantas nescaya Dia akan menguruskan yang selebihnya,
agar yang terbaik itu menjadi milik manusia.
~Moga hati2 kita tersabat kukuh di jalanNya~




Saturday, May 28, 2011

HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID



http://www.youtube.com/watch?v=t4F-YVRC_d4


Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

teringat tika kami menyanyikan lagu ini bersama-sama sewaktu mukhayam setahun yang lepas.... Bukan dipaksa untuk air mata ini menitis. Subhanalallah..... suara hati berkata, Ya Allah, aku beruntung menjadi hambaMu yang beriman..... yang sangat merindui syurgaMu. Lantas selemah mana pun diri ini, matlamatku hanya satu... bersama kalian (huhuhu hari terasa rindu sangat ngan akhwat!) walau kadang-kadang terasa diri ini sorang-sorang... tapi doa kalian tetap bersama menggenggam erat janji kita. kadang-kadang teraa... Ya Allah tak habis-habis diuji... Tapi itukan janji Allah (29:9) kadang-kadang apa yang kita hendak tu..... Allah tak bagi..... Tapi aku tersenyum sendiri.... (2:286)

Alhamdulullah!
Alhamdulullah!
Alhamdulullah!


Thank you Allah!

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan


Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Wednesday, April 27, 2011

Wahai Pemuda!

Wahai Pemuda! oleh Ustaz Hajar Opir

{pemuda tuh merangkumi lelaki dan perempuan juga}




  • Kite kena ingat, apa sahaja yg kite lakukan, mesti lillahi ta'ala.
  • Realiti masa kini, kita hilang satu Khilafah Islamiyah.
  • 10 muwasafat tuh akan diperoleh bila kita ditarbiah. Tarbiah itu sendiri amat penting sebelum dakwah fardhiyah bermula.
  • Sesi nih byk juga mengimbau sejarah Malaysia, esp Melaka Bandaraya Bersejarah. hehe.
  • Hukum Kanun Melaka & Undang2 Laut Melaka yg kite belajar waktu muda2 dulu, sebenarnya ada kaitan dgn Kerajaan uthmaniyah.
  • Portugis serang Melaka tahun 1511 kann? ingat tak? Kesultanan Melayu Melaka pula bermula pada abad ke-15. Sebenarnya, Islam yg memberi kekuatan kpd umat Islam waktu tuh untuk membina tamadun.
  • "Gospel, Gold & Glory." Gospel tuh agama.
  • Matlamat utama penjajah datang ke Tanah Melayu adalah untuk menyebarkan agama mereka. Contohnya, Alfonso de Alburqueque datang Tanah Melayu dan bawa ramai paderi mazhab Katolik. Cis, mereka diam2 nak sebarkan Kristian! Belum lagi selepas tuh, Belanda pula menjajah. Mazhab Protestan pula disebarkan oleh org Belanda nih. Sebab tuh kita nampak sekarang nih A FAmosa, sebelah tuh kan gereja besar. [jika belum pernah ke Melaka, anda bolehlah membuat kajian ini di sana nanti ;)] British pula menjajah selepas Belanda. British juga Protestan.
  • Dalam kita sedar ataupun tidak, semua penjajah yg masuk ke tempat yg dijajah, mereka akan menghapuskan kesan2 Islam. Misalnya, pendidikan di kawasan tersebut digubal ikut silibus negara mereka. Memangla dalam masa yg sama mereka membangunkan kawasan tuh (muslihat ja nih, eg: pjbt pos, skola inggeris, MCKK dll), tapi sebenarnya untuk menjajah minda masyarakat kita ketika itu untuk tunduk di bawah mereka.
  • Apa yg kita belajar dalam buku sejarah semua tuh sebenarnya sangatla sedikit nk dibandingkan dgn kisah sebenar yg berlaku kat negara nih satu ketika dahulu. Ada kawan yg cikgu dy buat buku teks Sejarah cerita, mmg buku kita sangat ringkas. Pasal Snouck Hurgronje dicerita satu dua perenggan je. Mungkin takut kalau dicerita secara terperinci, pelajar akan memberontak dan membuat revolusi. Hee kalo nak tahu lebih lanjut, sila google.
  • Prof. Dr. Snouck Hurgronje (1857-1936) selama ini merupakan tokoh yang sangat kontroversial. Disanjung dipuja sebagai sarjana Islam yang cemerlang, tetapi juga dicaci maki sebagai seorang ahli muslihat yang hendak menghancurkan Islam dari dalam dengan pura-pura masuk Islam. Betapapun diakui oleh semua pihak bahwa pemerintah Belanda baru mempunyai garis kebijaksanaan tentang Islam didaerah jajahannya yang bernama Hindia Belanda (Indonesia) setelah Snouck Hurgronje menjadi penasehat pemerintah dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam. http://orgawam.wordpress.com/2007/09/21/snouck-hurgronje/
  1. Kita perlu berubah kerana ia sunnah kehidupan. Sejak dalam rahim sampaila sekarang ni tumbesaran kita mengalami perubahan. Selain itu,peningkatan diri melalui perubahan. Seterusnya, ini adalah suruhan Allah S.W.T.
  2. Dalam diri manusia ada 2 tarikan ; tarikan kemalaikatan :) dan tarikan kesyaitanan :( segalanya bergantung pada kekuatan iman kita. Yah! Yah! Kuat! Mari kejutkan iman masing di rumah yg mungkin asyik tertidur!
  3. Kita mesti ada networking yg mantap. Sebab kalau kita tergelincir sikit dpd landasan, ada kawan2 tolong tarik2 balik ke atas jalan yg lurus insya-Allah. :) esp, bila kita keluar daripada kebiasaan utk dakwah seorang diri. KIta mesti mesti mesti ada basic life supports, iaitu kawan2 yg sefikrah sematlamat. Usrah dan tarbiah mesti mesti mesti juga istiqamah. Join jemaah pun lg bagus.
  4. Kenapa pemuda? sbb tempoh ni ialah tempoh : penentuan hala hidup, kemuncak kekuatan hidup, penuh keupayaan, amat pendek, yg disuruh rebut oleh Rasulullah S.A.W. :)
  5. Masa student ni la kita kena berpeluang buat macam2 yg bermanfaat dgn mudah.

Ciri-ciri pemuda:

  • Jarii'- BERANI
  • Mufakkir - mempunyai daya fikir yg tinggi --> kena selalu fikir mcm mana nk jayakan dakwah.
  • Muntij - PRODUKTIF --> buat sesuatu yg dapat memberi kesan yg mendalam. outcome tuh yg penting, walaupun benda kecik je yg kita buat tuh.
  • Mundhobit - kebolehan utk AMAL JAMAI'E --> sifat pemuda ni sbnrnya tak suka buat sorang2.

Rukun Kepemudaan :

  • Iman : Asas kepada iman ialah hati yg tenang. Iman yg menggerakkan sgla usaha kita.
  • Ikhlas : Spt semut hitam, atas batu hitam, dalam pekat malam xda bulan. org ikhlas, tak pilih kasih. semua sama n dy okay je. :)
  • Semangat : semangat perlu dipupuk dgn daurah2, usrah berterusan. :)
  • Usaha/amal : Allah melihat setiap usaha kita :)

Pesanan Hassan al-Banna kpd kumpulan Dr. Salim ketika mereka berusia 16 tahun:

"Jadilah lelaki sejati. Masa remajamu pendek, kamu mesti menjadi lebih baik daripada generaasi kami"


Wallahualam.

Tuesday, April 26, 2011

Mutaba'ah Amal

Suatu hari~

Ucu : Along, penyakit M datang. =(

Along : Ooo. Malas ! Huhu malas untuk buat apa, Ucu ? Ingat, nanti kita gak rugi kalau tak sekarang, masa depan nanti menyesal.

Ucu : Huu..ckp semangat aje nak buat macam-macam tapi tak buat pun. Puhh. Mutaba'ah amal makin menurun ni =(

Along : Ucu, tak semesti kita kena buat amalan yang banyak tapi yang penting kualiti dan penghayatan. Memang malas kalau diikutkan hati, mmg sangat perlu untuk paksa diri.

terdiam seketika

Along : ucu, boleh terima tak ni?
Ucu : Hmm... (mengeluh) tengah sedang-sedang-sedang digest.

Tersebutlah kisah seorang Ucu yang sedang dilema menghadapi cutinya yang terlalu banyak masa lapangnya. Aneh, bukan? Ketika berada di kolej mahupun asrama, boleh aje kan nak buat macam-macam benda. Sesibuk mana pun, totorial, kuliah, halaqah, usrah, al-quran tetap boleh dibaca. Tapi ketika banyak masa? Memang benar kata-kata nabi Muhammad SAW, nikmat lapanglah yang sering kita abaikan.


" Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sehat dan masa lapang."
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Sangat pelik. Ketiaka itu Ucu terasa begitu banyak masa, tetapi seperti tak terdaya nak melakukan apa-apa. Yang hanya dilakukan ketika pada hari itu adalah menemankan Hanzalah (anak buah Ucu) tidur di bilik ditemani air-cond. Terasa begitu bersalah, masa yang kita bazirkan itu adalah masa orang lain yang kita curi. Kan? Sebab itu tanya Along. Dan malam itu, Ucu berfikir apa yang Along cakap. Lama juga Ucu fikir, akhirnya... Jeng jeng jeng~

Kadang-kadang kita mementingkan kuantiti tanpa mengambil kira kuantitinya. Ucu teringat, pesanan kak Ruzanna, "Buatlah amalan secara sederhana". Fikirkan kenapa buat amalan pun kena sederhana? Kita pun tahu, kalau kita ibadah 24 jam pun tak boleh kalau kita tak jaga perihal sekeliling kita. Barulah Ucu relate kan apa yang Along cakap. Kenapa perlunya kita melakukan ibadah-ibadah mahupun amalan-amalan bukanlah untuk diberi kepentingan kepada Allah, tetapi kepentingan kepada kita sendiri. Allah sedikit pun tak terjejas kalau kita buat, mahupun tidak. Tetapi, amalan itu adalah untuk kita. Jadi, nampaklah dari sini yang betapa pentingnya amalan itu untuk dihayati. Feel it! Bila solat, rasakan seperti sedang date dengan Allah. Bila baca al-Quran, rasakan seperti sedang baca surat cinta dari Allah. Bila berdoa, rasakan seperti Allah sedang memujuk kita. Beza kan kalau kita jadi seperti burung kakak tua? Yang hanya ikut tanpa mengerti maksudnya.

Jadinya, memang kita perlu cek list mutaba'ah amal kita setiap hari untuk meningkatkan amalan-amalan kita. Tapi sangatlah perlu untuk kita ikhlaskan hati kita untuknya. Bukan sekadar list semata-mata. Rugilah, kalau penuh borang tu, tapi akhirnya kita tanya pada diri kita balik ,"Apa aku dapat eh?".
Jazakillah buat Rasyidah Hanan (ketua kelas)

Mari kita hayati 10 ciri-ciri Muwasafat Tarbiah <3
  1. Aqidah yang soleh
  2. Ibadah yang sohih
  3. Kuat tubuh badan
  4. Luas pengetahuan
  5. Menjaga waktu
  6. Bermanfaat kepada orang lain
  7. Sentiasa melawan nafsu
  8. Akhlak yang mantap
  9. Tersusun urusannya
  10. Mampu berdikari atau berusaha
Kita memang diciptakan sempurna fizikalnya, InsyaAllah. Tetapi Allah memang sengaja untuk menciptakan kelemahan untuk kita, bukan kerana Allah itu tidak adil. Tetapi kehidupan itu sendiri menuntut kepada perubahan diri lebih baik dari hari ke hari. Allah sendiri takkan cipta sesuatu tanpa sebab. Kelemahan itu sendiri untuk kita atasi supaya menjadi kekuatan kita.

Jadi, mari berusaha memenuhi ciri-ciri individu muslim ni. Siapa mahu tertinggal gerabak kereta api menuju ke syurga?

Salam rindu buat semua akhwat. Semoga Allah sentiasa lindungi kita dari perkara tidak baik.
=D

Tuesday, February 15, 2011

Our circle of joy ^_^

    Suatu hari, seorang petani bercadang menghadiahkan setangkai rambutan terbaik dari kebunnya, kepada seorang pengembala kambing bersebelahan kebunnya.Dia pun  cakap...
waa.. lama xmakan rambutan.. 

“Rambutan ini adalah rambutan terbaik dari kebun hamba. Ambillah.” 
“Alhamdulillah, terima kasih tuan hamba. Hamba akan sampaikan rambutan ini kepada Tuan Jalak,” tungkas si pengembala.
“Tidak. Rambutan ini hadiah hamba untuk tuan hamba, bukan kepada Tuan Jalak.”
“Untuk hamba?”
“Ya. Kerana setiap kali hamba memerlukan bantuan mengangkut air ketika musim kemarau, tuan hamba selalu membantu hamba. Kadang-kadang tuan hamba memberi hamba minum. Pemberian ini adalah tanda syukur hamba kepada Allah dengan anugerah tanah yang subur dan ditumbuhkan buahan yang cukup cantik ini, dan semoga tuan hamba sentiasa dipayungi rahmat, insyaAllah.”

Si pengembala sangat kagum akan buah rambutan itu, kelihatannya begitu segar dan sedap! Si pengembala ini teringat akan tuannya, iaitu Tuan Jalak, yang selalu memberi peringatan kepadanya agar berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Lalu, si pengembala ini membuat keputusan untuk memberikan rambutan tadi kepada tuannya.
Tuan Jalak sangat berbesar hati menerima pemberian pekerjanya. Kebetulan pada masa itu, isterinya Tuan Jalak sedang demam. Maka Tuan Jalak memberi rambutan tadi kepada isterinya.

“Semoga rambutan ini memberi kegembiraan kepada Dinda,” kata Tuan Jalak kepada isterinya.
Begitupun, si isteri ini terfikir untuk memberi rambutan ini kepada pembantu rumahnya yang menjaganya dengan begitu baik sekali sepanjang dia sakit. Pembantu ini merasakan dia tidak layak menerima pemberian itu, lalu diberikan pula kepada tukang masak, yang selama ini memasak makanan yang sedap untuk Tuan Jalak sekeluarga, tetapi jarang sekali dia merasa makanannya sendiri.

Si tukang masak amat gembira dengan pemberian itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia bertemu dengan jirannya, lalu memberikannya kepada jirannya itu. Fikirnya, tentu jirannya amat menyukai rambutan ini.  Walau bagaimanapun, tukang masak ini terkejut, apabila jirannya menangis terharu menerima rambutan tadi.
What you give, you get back!

Rupanya, jiran tukang masak ini ialah si petani di awal cerita tadi. Terharu kan, bia dia dapat balik pemberiannya pagi tadi, tanpa sedikit pun dimakan. Malah masih kekal cantik dan segar. Lantas, si petani ini kembali kepada pengembala tadi.
“Tuan hamba ambil dan makanlah. Memandangkan tuan hamba berseorangan di sini, mudah-mudahan rambutan ini akan menggembirakan tuan hamba.” Si pengembala tadi tersenyum bahagia menerima rambutan itu.

Kenal pasti siapa circle of joy kita, dan hargailah mereka. Menghargai tidak semestinya dengan memberi je malah berterima kasih juga sebenarnya mampu membuat mereka tersenyum. Firmannya Allah dlm surah Ar-Rahman yang diulang beberapa kali, Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?” 
Wallahualam

Monday, February 14, 2011

TaDaBbuR SuRaH Ad-Dhuha (^_^)

Salam ukhuwah semua.. Mari kita tadabbur surah Ad-Dhuha yek.. surah ni merupakan antara surah Makkiyah yang mengandungi 11 ayat... surah ini merupakan surah yang ke 93




Maksudnya:-
[1}Demi waktu dhuha,

[2]Dan malam apabila ia sunyi-sepi
[3] Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci kepadamu,( sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

              Asbabun nuzul surah ini (peristiwa bkaitan dengan penurunan surah) ialah apabila Rasulullah SAW kita yang tercinta diuji oleh Allah dengan tidak menurunkan wahyu kepada Rasulullah dalam tempoh masa yang agak lama. dikatakan tempoh masa tersebut ialah 40 hari. sebelum ini, wahyu tidak pernah terputus sebegitu lama.. hal ini menjadi hujah kepada kaum kafir Quraisy apabila Rasulullah asyik menyampaikan isu yang sama berulang kali..

             Mereka ini mengatakan bahawa Allah telah meninggalkan nabi. Cuba kita imagine berada di tempat Rasulullah dalam keadaan sebegitu... pastilah kita pun rasa cam sedih kan bila ayat2 cinta daripada Kekasih Teragung tidak turun dalam jangka masa yang lama.. Rasa down la.. Ditambah pula dengan perang saraf yang hebat dicanang oleh kaum kafir... mereka menghasut orang ramai dengan mengatakan bahawa Rasulullah telah ditinggalkan oleh Tuhannya..  makin sedih la kita rasa kan... Dalam hati pun mungkin tertanya-tanya, "betulkah apa yang diomong oleh mereka ni?" ~tercakap bahasa indon lak~

Namun, Allah itu Maha Mengetahui.. lalu, turunlah surah ini utk menjawab kembali semua tohmahan yang dilemparkan oleh orang kafir musyrik... betapa ~sweetnya rasa apabila Rasulullah dipujuk oleh Allah dengan turunnya surah ini.. especially ayat ke-3 yang menyatakan bahawa "Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula membencimu.."

             Bila difikirkan balik, kalau peristiwa ini xberlaku, surah ini xkan turun kan... dan juga kita x dapat menyelami penderitaan Rasulullah.. rasa kebergantungan kepada Allah itu bagi Rasulullah sangat kuat... mungkin juga kita tidak dapat mengetahui dengan  lebih lanjut tentang perang saraf,(ghwazul fikr) yang telah berlaku sejak zaman nabi lagi..!


Buatlah pilihan dengan betul akhowat2 sekalian!


Sesungguhnya orang kafir tahu, jika kita diperangi dengan cara fizikal, kita akan menang... contohnya dengan berperang senjata, pukul, dera dan sebagainya kerana semangat kita untuk berjuang itu sangat kuat... Namun, dengan melalaikan umat Islam dengan hiburan a.k.a. perang saraf adalah lebih berkesan untuk secara perlahan-lahan menjatuhkan umat Islam.. umpama racun yang perlahan-lahan membunuh mangsanya dari dalam..

 Hatta seorang musuh Allah pernah berkata, Islam hanya akan menang apabila mana bilangan orang Islam yang solat Subuh berjemaah sama banyak dengan bilangan umat semasa solat Jumaat...

    Betapa mereka tahu kelemahan kita... Betapa pandainya mereka mengatur strategi sejak dahulu lagi untuk menjatuhkan umat islam.. Hasilnya, lihatlah umat kita sekarang.... berpecah belah, x amal cara hidup Islam yang sebenar,  Islam hanya pada nama... Sedihnya T__T 

      Seorang ulama pernah berkata bahawa aku nampak Islam di barat tetapi tidak nampak umatnya, aku juga nampak banyak umat Islam di timur tetapi tidak nampak Islam itu.. Mafhumnya, sifat-sifat Islam, cara hidup Islam contohnya menjaga kebersihan, berlumba-lumba menimba ilmu banyak dipraktikkan di Barat namun di Timur, umatnya ramai namun cara hidup Islam itu tidak dapat dilihat kerana tidak dipraktikkan... 
        Sahabatku semua, bangunlah kembali demi Islam! Sunnatullah pasti berulang, xmustahil untuk Islam bangun semula dan menjadi empayar agung suatu ketika nanti... Bermulalah dengan pentarbiyahan diri.. 

InsyaAllah kita tengok balik surah 47 ayat 7 (ayat favourite nih!)
 ~Wahai org2 yang beriman, Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu..

12 Rabiulawal



Salam maulud Nabi Muhammad SAW, kepada semua yang baca seisi kakak-kakak dan umi sekalian.

Ucu ni kan, bila dapat laptop, tak sah ek kalau tak tulis apa-apa. Maafkan Ucu sebab menyibuk walaupun bukan giliran Ucu untuk tulis. Hehe.

12 Rabiulawal bukan sahaja tarikh keramat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan ke bumi ini, tarikh ini juga membawa seribu kesedihan kerana telah ditakdirkan oleh Allah untuk Nabi meninggalkan dunia yang fana ini setelah baginda hidup selama 63 tahun dan 3 hari.

Ucu sangat tertarik pada 'Little Book' yang sempat dibeli ketika menghadiri daurah di Bangi kelmarin, yang bertajuk, 'Kami Sungguh Rindu'. Isinya ada menulis tentang sebuah hadis,

"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Baginda merindui kita sehingga sahabat-sahabat baginda cemburu pada kita. Namun, persoalannya, adakah kita merindui Nabi seperti Nabi merindui kita? Adakah kita mengamalkan sunnahnya seperti yang baginda ajarkan? Adakah kita berselawat kepada baginda seperti baginda menyebut, 'Umati, ummati,' saat hembusan nafas terakhir baginda?

Kadang-kadang, kita hanya kerana esok baru hendak Maulud, baru kita teringat. Hehe. Hanya kerana esok ada perbarisan untuk berselawat di sekolah, baru nak buat sunnah Nabi. Bagi Ucu, baguslah sebenarnya dari tak ingat langsung kan? Tapi yang paling penting, bukan kerana tarikh itu, tapi kerana kita percaya Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Kita yakin dan beriman malah mengikuti jejak langkah baginda. Sunnah-sunnah baginda, kita amalkan. Itu yang lebih utama, bukan begitu?

Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta

Biarlah pada hari penentuan itu, Nabi Muhammad SAW tersenyum pada kita dan kita tersenyum pada baginda. ( comelnya )..=) Saat itu, Rasulullah akan mengenali kita dari kesan wudhuk kita. Saat itu juga, baginda pasti berbangga atas kita kerana berjaya menjadi umatnya dan hamba Allah yang bertaqwa ketika berada di dunia. Comel, kan? Dah cukup rasa seronok dah kalau dapat melihat wajah Rasulullah walaupun dari jauh. Pergh, dapat tengok baginda senyum... Masya-Allah !


Friday, February 11, 2011

Jika sepasang kekasih...?!


Alhamdulillah... huhu akhirnya berjaya gak k long menerjah masuk ke dalam blog adik-beradik kita ni..
asif ye sbb x post pape pun lg.. plus, minggu ni memang time kak long "btugas"..

ok, first n foremost.. Kak long nk share 1 sajak yg best ni... sajak ni dipetik drp novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha... best sangat sajak ni.. Selamat membaca (^_^)

Halaqoh ini adalah halaqah cinta kita,
Jika sepasang kekasih berdating di taman,
kita tidak sabar2 dating dalam taman halaqah,


jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
di bawah cahaya rembulan,berdua-duaan, jauh dari orang,
kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,
tanpa takut dan bimbang,


jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
kita berhibur dengan madah kalamullah,


jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas dasar nafsu,
kita berkasih atas landasan ukhuwah fillah, bebas dari dorongan nafsu semata,


jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,


jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
kita sentiasa saling menjaga akhlak n pekerti sesama,
saling nasihat menasihati agar makin berkualiti,


jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,


jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga, dan maruah demi cinta,
kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...


haa, sweet kan puisi ni.. nnt k long nk share isu yg kta bincangkn minggu ni.. nantikan kemunculan post tu ek...
Salam.. (^_^)v
OuR FaMiLy.. 

Tuesday, February 8, 2011

Islam and communication :)





Sumber : http://langitilahi.com/bahagian/pemuda/ and www.owhsomuslim.com :)

Saturday, January 29, 2011

Berani


Heh. Ucu lagi.

Nak share balik kisah yang Kak Long dah cerita hari tu. Sementara masih segar dalam ingatan. Dan seterusnya akan diingatkan semula apabila terlupa oleh akhwat-akhwat yang lain.



Kisah Saidina Umar Al-Khattab dan budak yang berani
Seperti yang diketahui ramai, Saidina Umar Al-Khattab ini dikenali dengan sifatnya yang berani, garang dan bengkeng. Kita pun dah tahu kisah bagaimana asalnya beliau begitu membenci agama Islam tapi akhirnya jatuh cinta pada ayat-ayat cinta yang Allah tulis itu. kan kan. Nak mengisahkan, kerana kegarangan Umar ini, ramailah yang gerun padanya. Kalau boleh, bertemu pun takut. Sedang di satu kawasan di mana sekelompok kanak-kanak yang sedang seronok bermain dikejutkan dengan kedatangan Umar yang dari jauh. Semua kanak-kanak itu lari kecuali seorang budak ini. Umar berasa hairan. Dan terus menghampiri budak tersebut dan bertanya, "Kenapa tidak kau lari sedangkan kawan-kawan sebayamu lari apabila ternampak aku". Budak itu membalas, "Saya tidak membuat salah, kenapa perlu saya lari?". Betapa beraninya budak itu menegakkan kebenaran walaupun di hadapan manusia yang begitu menakutkan bagi orang lain.

Kul lu haq, wa kana murran.
(berkatalah benar walaupun pahit)

Kenapa kita sering takut dan malu kepada perkara yang tidak ada silapnya. Hanya kerana orang sekeliling kita tidak melakukan apa yang kita lakukan, perlukah kita takut? Malah malu? Sebagai contoh yang diberi, sedang kita dalam bas hendak pulang ke kampung halaman, dah bosan nak baca novel, nak lah kita mencapai ayat-ayat cinta yang sering menghiburkan hati kita tu, tapi ada satu perasaan menjelma, "Alamak, orang sebelah ni tengok kang, apa lah yang dia cakap." Kita punya risau apa orang lain nak cakap apa pasal perkara yang kita tahu terang lagi bersuluh tiada salahnya, malah dituntut. Kenapa? Bagi Ucu lah kan, mentaliti. Kadang-kadang sangat risau kan, kalau-kalau kita buat benda yang dihadapan orang, menimbulkan perasaan riak dan ujub pada perbuatan kita tu kan. Tapi setelah diberitahu, orang yang risau kalau riak ketika membuat kebaikan itu, itu lebih dikatakan riak. Masa Ucu kat sekolah dulu, Ustazah Ucu pernah cakap, kalau masa tu ramai yang duduk selepas solat jemaah, kita nak buat solat sunat tapi segan sebab takde siapa yang buat, maka pergi je lah depan, solat aje lah. Itu hak Allah nak menilai takat mana keikhlasan kita. Better something than nothing kan? Dari sibuk risau, baik kita mulakan dulu. Sama juga keadaan apabila kita nak solat di tepi jalan ketika tiada surau yang berdekatan. Orang awam akan mengelilingi kita, kagum pulak diorang tengok kita eh?

Kenapa perlu takut sedang kita berjalan dengan kaki walaupun satu dunia berjalan menggunakan tangan? Kita yang salah, atau mereka yang salah? Pandangan Allah mahupun pandangan manusia yang perlu kita utamakan? Pleased Allah more than pleased people. Kita di jalan yang benar, kenapa takut?

=)

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "
Kakak-kakak serta pembaca yang dicintai kerana Allah sekalian,
Perjuangan kita bukan setakat untuk diri kita. Bukan setakat melawan hawa nafsu tapi kita adalah khalifah Allah yang telah Allah lantik sebelum kejadian nabi Adam lagi kan. Kita akan rasa seronok bila kita berdakwah dalam kelompok kita. Mudah. Tiada halangan. Nak tegur berdasarkan ayat al-Quran juga mudah diterima. Tapi macamane dengan kawan-kawan kita kat luar? Paling dekat, keluarga kita. Macamana nak cakap, nanti kena ejek. Haha. kan? Dan paling utama, adakah kita akan berdisiplin sebagaimana di kolej apabila tiada yang akan tegur kita? Susah bukan. Takpe, Ucu selalu macam tu. Hehe. Tapi takpe, mulakan dengan paksaan. Mak ucu pun pesan, paksa dulu. Tak kenal maka tak cinta, kan? Jadi kita cuba dengan sikit-sikit tapi berterusan.

Akhir kalam. Ayat faveret Ucu untuk share buat semua


وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Dan kerana Allah, bersabarlah.
[74:7]

Jazakallah khairan kasiran. Selamat bercuti di kampung halaman. Rindu antunna semua. Muah muah !~
=D

[28 Januari 2011 - 11.30 pagi - Surau KK12]

Pertama dan bukan yang terakhir

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum semua. Rasa bertuah dapat juga mewujudkan blog AT ni. Ucu tak ada bakat nak cakap panjang-panjang. Hehe. Testing dulu eh~