Friday, February 11, 2011

Jika sepasang kekasih...?!


Alhamdulillah... huhu akhirnya berjaya gak k long menerjah masuk ke dalam blog adik-beradik kita ni..
asif ye sbb x post pape pun lg.. plus, minggu ni memang time kak long "btugas"..

ok, first n foremost.. Kak long nk share 1 sajak yg best ni... sajak ni dipetik drp novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha... best sangat sajak ni.. Selamat membaca (^_^)

Halaqoh ini adalah halaqah cinta kita,
Jika sepasang kekasih berdating di taman,
kita tidak sabar2 dating dalam taman halaqah,


jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
di bawah cahaya rembulan,berdua-duaan, jauh dari orang,
kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,
tanpa takut dan bimbang,


jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
kita berhibur dengan madah kalamullah,


jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas dasar nafsu,
kita berkasih atas landasan ukhuwah fillah, bebas dari dorongan nafsu semata,


jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,


jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
kita sentiasa saling menjaga akhlak n pekerti sesama,
saling nasihat menasihati agar makin berkualiti,


jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,


jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga, dan maruah demi cinta,
kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...


haa, sweet kan puisi ni.. nnt k long nk share isu yg kta bincangkn minggu ni.. nantikan kemunculan post tu ek...
Salam.. (^_^)v
OuR FaMiLy.. 

3 comments:

  1. jika aku kekasih itu......
    pasti sedih memandang diri!
    tapi jika aku adalah KITA....
    pasti aku sang bunga yang mekar...

    (ops.... berbunga2 pula)

    *kredit buat kak long!

    ReplyDelete
  2. wahhh~ terbaeekkk ;) mane edit gambar tuh kak long? wahhh~! excited! hahaha jazakillah :)

    ReplyDelete
  3. Huuh. Indahnya persahabat kerana Allah. Allah lindungi persahabatan ini dari perkara-perkara yang dimurkai-Nya.

    waah, rindu antunna semua ! Ummi, cepatlaaah buat Yuyu~

    ReplyDelete