Saturday, January 29, 2011

Berani


Heh. Ucu lagi.

Nak share balik kisah yang Kak Long dah cerita hari tu. Sementara masih segar dalam ingatan. Dan seterusnya akan diingatkan semula apabila terlupa oleh akhwat-akhwat yang lain.



Kisah Saidina Umar Al-Khattab dan budak yang berani
Seperti yang diketahui ramai, Saidina Umar Al-Khattab ini dikenali dengan sifatnya yang berani, garang dan bengkeng. Kita pun dah tahu kisah bagaimana asalnya beliau begitu membenci agama Islam tapi akhirnya jatuh cinta pada ayat-ayat cinta yang Allah tulis itu. kan kan. Nak mengisahkan, kerana kegarangan Umar ini, ramailah yang gerun padanya. Kalau boleh, bertemu pun takut. Sedang di satu kawasan di mana sekelompok kanak-kanak yang sedang seronok bermain dikejutkan dengan kedatangan Umar yang dari jauh. Semua kanak-kanak itu lari kecuali seorang budak ini. Umar berasa hairan. Dan terus menghampiri budak tersebut dan bertanya, "Kenapa tidak kau lari sedangkan kawan-kawan sebayamu lari apabila ternampak aku". Budak itu membalas, "Saya tidak membuat salah, kenapa perlu saya lari?". Betapa beraninya budak itu menegakkan kebenaran walaupun di hadapan manusia yang begitu menakutkan bagi orang lain.

Kul lu haq, wa kana murran.
(berkatalah benar walaupun pahit)

Kenapa kita sering takut dan malu kepada perkara yang tidak ada silapnya. Hanya kerana orang sekeliling kita tidak melakukan apa yang kita lakukan, perlukah kita takut? Malah malu? Sebagai contoh yang diberi, sedang kita dalam bas hendak pulang ke kampung halaman, dah bosan nak baca novel, nak lah kita mencapai ayat-ayat cinta yang sering menghiburkan hati kita tu, tapi ada satu perasaan menjelma, "Alamak, orang sebelah ni tengok kang, apa lah yang dia cakap." Kita punya risau apa orang lain nak cakap apa pasal perkara yang kita tahu terang lagi bersuluh tiada salahnya, malah dituntut. Kenapa? Bagi Ucu lah kan, mentaliti. Kadang-kadang sangat risau kan, kalau-kalau kita buat benda yang dihadapan orang, menimbulkan perasaan riak dan ujub pada perbuatan kita tu kan. Tapi setelah diberitahu, orang yang risau kalau riak ketika membuat kebaikan itu, itu lebih dikatakan riak. Masa Ucu kat sekolah dulu, Ustazah Ucu pernah cakap, kalau masa tu ramai yang duduk selepas solat jemaah, kita nak buat solat sunat tapi segan sebab takde siapa yang buat, maka pergi je lah depan, solat aje lah. Itu hak Allah nak menilai takat mana keikhlasan kita. Better something than nothing kan? Dari sibuk risau, baik kita mulakan dulu. Sama juga keadaan apabila kita nak solat di tepi jalan ketika tiada surau yang berdekatan. Orang awam akan mengelilingi kita, kagum pulak diorang tengok kita eh?

Kenapa perlu takut sedang kita berjalan dengan kaki walaupun satu dunia berjalan menggunakan tangan? Kita yang salah, atau mereka yang salah? Pandangan Allah mahupun pandangan manusia yang perlu kita utamakan? Pleased Allah more than pleased people. Kita di jalan yang benar, kenapa takut?

=)

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "
Kakak-kakak serta pembaca yang dicintai kerana Allah sekalian,
Perjuangan kita bukan setakat untuk diri kita. Bukan setakat melawan hawa nafsu tapi kita adalah khalifah Allah yang telah Allah lantik sebelum kejadian nabi Adam lagi kan. Kita akan rasa seronok bila kita berdakwah dalam kelompok kita. Mudah. Tiada halangan. Nak tegur berdasarkan ayat al-Quran juga mudah diterima. Tapi macamane dengan kawan-kawan kita kat luar? Paling dekat, keluarga kita. Macamana nak cakap, nanti kena ejek. Haha. kan? Dan paling utama, adakah kita akan berdisiplin sebagaimana di kolej apabila tiada yang akan tegur kita? Susah bukan. Takpe, Ucu selalu macam tu. Hehe. Tapi takpe, mulakan dengan paksaan. Mak ucu pun pesan, paksa dulu. Tak kenal maka tak cinta, kan? Jadi kita cuba dengan sikit-sikit tapi berterusan.

Akhir kalam. Ayat faveret Ucu untuk share buat semua


وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Dan kerana Allah, bersabarlah.
[74:7]

Jazakallah khairan kasiran. Selamat bercuti di kampung halaman. Rindu antunna semua. Muah muah !~
=D

[28 Januari 2011 - 11.30 pagi - Surau KK12]

Pertama dan bukan yang terakhir

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum semua. Rasa bertuah dapat juga mewujudkan blog AT ni. Ucu tak ada bakat nak cakap panjang-panjang. Hehe. Testing dulu eh~