Tuesday, February 15, 2011

Our circle of joy ^_^

    Suatu hari, seorang petani bercadang menghadiahkan setangkai rambutan terbaik dari kebunnya, kepada seorang pengembala kambing bersebelahan kebunnya.Dia pun  cakap...
waa.. lama xmakan rambutan.. 

“Rambutan ini adalah rambutan terbaik dari kebun hamba. Ambillah.” 
“Alhamdulillah, terima kasih tuan hamba. Hamba akan sampaikan rambutan ini kepada Tuan Jalak,” tungkas si pengembala.
“Tidak. Rambutan ini hadiah hamba untuk tuan hamba, bukan kepada Tuan Jalak.”
“Untuk hamba?”
“Ya. Kerana setiap kali hamba memerlukan bantuan mengangkut air ketika musim kemarau, tuan hamba selalu membantu hamba. Kadang-kadang tuan hamba memberi hamba minum. Pemberian ini adalah tanda syukur hamba kepada Allah dengan anugerah tanah yang subur dan ditumbuhkan buahan yang cukup cantik ini, dan semoga tuan hamba sentiasa dipayungi rahmat, insyaAllah.”

Si pengembala sangat kagum akan buah rambutan itu, kelihatannya begitu segar dan sedap! Si pengembala ini teringat akan tuannya, iaitu Tuan Jalak, yang selalu memberi peringatan kepadanya agar berbuat baik kepada sesiapa sahaja. Lalu, si pengembala ini membuat keputusan untuk memberikan rambutan tadi kepada tuannya.
Tuan Jalak sangat berbesar hati menerima pemberian pekerjanya. Kebetulan pada masa itu, isterinya Tuan Jalak sedang demam. Maka Tuan Jalak memberi rambutan tadi kepada isterinya.

“Semoga rambutan ini memberi kegembiraan kepada Dinda,” kata Tuan Jalak kepada isterinya.
Begitupun, si isteri ini terfikir untuk memberi rambutan ini kepada pembantu rumahnya yang menjaganya dengan begitu baik sekali sepanjang dia sakit. Pembantu ini merasakan dia tidak layak menerima pemberian itu, lalu diberikan pula kepada tukang masak, yang selama ini memasak makanan yang sedap untuk Tuan Jalak sekeluarga, tetapi jarang sekali dia merasa makanannya sendiri.

Si tukang masak amat gembira dengan pemberian itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia bertemu dengan jirannya, lalu memberikannya kepada jirannya itu. Fikirnya, tentu jirannya amat menyukai rambutan ini.  Walau bagaimanapun, tukang masak ini terkejut, apabila jirannya menangis terharu menerima rambutan tadi.
What you give, you get back!

Rupanya, jiran tukang masak ini ialah si petani di awal cerita tadi. Terharu kan, bia dia dapat balik pemberiannya pagi tadi, tanpa sedikit pun dimakan. Malah masih kekal cantik dan segar. Lantas, si petani ini kembali kepada pengembala tadi.
“Tuan hamba ambil dan makanlah. Memandangkan tuan hamba berseorangan di sini, mudah-mudahan rambutan ini akan menggembirakan tuan hamba.” Si pengembala tadi tersenyum bahagia menerima rambutan itu.

Kenal pasti siapa circle of joy kita, dan hargailah mereka. Menghargai tidak semestinya dengan memberi je malah berterima kasih juga sebenarnya mampu membuat mereka tersenyum. Firmannya Allah dlm surah Ar-Rahman yang diulang beberapa kali, Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?” 
Wallahualam

Monday, February 14, 2011

TaDaBbuR SuRaH Ad-Dhuha (^_^)

Salam ukhuwah semua.. Mari kita tadabbur surah Ad-Dhuha yek.. surah ni merupakan antara surah Makkiyah yang mengandungi 11 ayat... surah ini merupakan surah yang ke 93




Maksudnya:-
[1}Demi waktu dhuha,

[2]Dan malam apabila ia sunyi-sepi
[3] Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci kepadamu,( sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

              Asbabun nuzul surah ini (peristiwa bkaitan dengan penurunan surah) ialah apabila Rasulullah SAW kita yang tercinta diuji oleh Allah dengan tidak menurunkan wahyu kepada Rasulullah dalam tempoh masa yang agak lama. dikatakan tempoh masa tersebut ialah 40 hari. sebelum ini, wahyu tidak pernah terputus sebegitu lama.. hal ini menjadi hujah kepada kaum kafir Quraisy apabila Rasulullah asyik menyampaikan isu yang sama berulang kali..

             Mereka ini mengatakan bahawa Allah telah meninggalkan nabi. Cuba kita imagine berada di tempat Rasulullah dalam keadaan sebegitu... pastilah kita pun rasa cam sedih kan bila ayat2 cinta daripada Kekasih Teragung tidak turun dalam jangka masa yang lama.. Rasa down la.. Ditambah pula dengan perang saraf yang hebat dicanang oleh kaum kafir... mereka menghasut orang ramai dengan mengatakan bahawa Rasulullah telah ditinggalkan oleh Tuhannya..  makin sedih la kita rasa kan... Dalam hati pun mungkin tertanya-tanya, "betulkah apa yang diomong oleh mereka ni?" ~tercakap bahasa indon lak~

Namun, Allah itu Maha Mengetahui.. lalu, turunlah surah ini utk menjawab kembali semua tohmahan yang dilemparkan oleh orang kafir musyrik... betapa ~sweetnya rasa apabila Rasulullah dipujuk oleh Allah dengan turunnya surah ini.. especially ayat ke-3 yang menyatakan bahawa "Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula membencimu.."

             Bila difikirkan balik, kalau peristiwa ini xberlaku, surah ini xkan turun kan... dan juga kita x dapat menyelami penderitaan Rasulullah.. rasa kebergantungan kepada Allah itu bagi Rasulullah sangat kuat... mungkin juga kita tidak dapat mengetahui dengan  lebih lanjut tentang perang saraf,(ghwazul fikr) yang telah berlaku sejak zaman nabi lagi..!


Buatlah pilihan dengan betul akhowat2 sekalian!


Sesungguhnya orang kafir tahu, jika kita diperangi dengan cara fizikal, kita akan menang... contohnya dengan berperang senjata, pukul, dera dan sebagainya kerana semangat kita untuk berjuang itu sangat kuat... Namun, dengan melalaikan umat Islam dengan hiburan a.k.a. perang saraf adalah lebih berkesan untuk secara perlahan-lahan menjatuhkan umat Islam.. umpama racun yang perlahan-lahan membunuh mangsanya dari dalam..

 Hatta seorang musuh Allah pernah berkata, Islam hanya akan menang apabila mana bilangan orang Islam yang solat Subuh berjemaah sama banyak dengan bilangan umat semasa solat Jumaat...

    Betapa mereka tahu kelemahan kita... Betapa pandainya mereka mengatur strategi sejak dahulu lagi untuk menjatuhkan umat islam.. Hasilnya, lihatlah umat kita sekarang.... berpecah belah, x amal cara hidup Islam yang sebenar,  Islam hanya pada nama... Sedihnya T__T 

      Seorang ulama pernah berkata bahawa aku nampak Islam di barat tetapi tidak nampak umatnya, aku juga nampak banyak umat Islam di timur tetapi tidak nampak Islam itu.. Mafhumnya, sifat-sifat Islam, cara hidup Islam contohnya menjaga kebersihan, berlumba-lumba menimba ilmu banyak dipraktikkan di Barat namun di Timur, umatnya ramai namun cara hidup Islam itu tidak dapat dilihat kerana tidak dipraktikkan... 
        Sahabatku semua, bangunlah kembali demi Islam! Sunnatullah pasti berulang, xmustahil untuk Islam bangun semula dan menjadi empayar agung suatu ketika nanti... Bermulalah dengan pentarbiyahan diri.. 

InsyaAllah kita tengok balik surah 47 ayat 7 (ayat favourite nih!)
 ~Wahai org2 yang beriman, Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu..

12 Rabiulawal



Salam maulud Nabi Muhammad SAW, kepada semua yang baca seisi kakak-kakak dan umi sekalian.

Ucu ni kan, bila dapat laptop, tak sah ek kalau tak tulis apa-apa. Maafkan Ucu sebab menyibuk walaupun bukan giliran Ucu untuk tulis. Hehe.

12 Rabiulawal bukan sahaja tarikh keramat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan ke bumi ini, tarikh ini juga membawa seribu kesedihan kerana telah ditakdirkan oleh Allah untuk Nabi meninggalkan dunia yang fana ini setelah baginda hidup selama 63 tahun dan 3 hari.

Ucu sangat tertarik pada 'Little Book' yang sempat dibeli ketika menghadiri daurah di Bangi kelmarin, yang bertajuk, 'Kami Sungguh Rindu'. Isinya ada menulis tentang sebuah hadis,

"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Baginda merindui kita sehingga sahabat-sahabat baginda cemburu pada kita. Namun, persoalannya, adakah kita merindui Nabi seperti Nabi merindui kita? Adakah kita mengamalkan sunnahnya seperti yang baginda ajarkan? Adakah kita berselawat kepada baginda seperti baginda menyebut, 'Umati, ummati,' saat hembusan nafas terakhir baginda?

Kadang-kadang, kita hanya kerana esok baru hendak Maulud, baru kita teringat. Hehe. Hanya kerana esok ada perbarisan untuk berselawat di sekolah, baru nak buat sunnah Nabi. Bagi Ucu, baguslah sebenarnya dari tak ingat langsung kan? Tapi yang paling penting, bukan kerana tarikh itu, tapi kerana kita percaya Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Kita yakin dan beriman malah mengikuti jejak langkah baginda. Sunnah-sunnah baginda, kita amalkan. Itu yang lebih utama, bukan begitu?

Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta

Biarlah pada hari penentuan itu, Nabi Muhammad SAW tersenyum pada kita dan kita tersenyum pada baginda. ( comelnya )..=) Saat itu, Rasulullah akan mengenali kita dari kesan wudhuk kita. Saat itu juga, baginda pasti berbangga atas kita kerana berjaya menjadi umatnya dan hamba Allah yang bertaqwa ketika berada di dunia. Comel, kan? Dah cukup rasa seronok dah kalau dapat melihat wajah Rasulullah walaupun dari jauh. Pergh, dapat tengok baginda senyum... Masya-Allah !


Friday, February 11, 2011

Jika sepasang kekasih...?!


Alhamdulillah... huhu akhirnya berjaya gak k long menerjah masuk ke dalam blog adik-beradik kita ni..
asif ye sbb x post pape pun lg.. plus, minggu ni memang time kak long "btugas"..

ok, first n foremost.. Kak long nk share 1 sajak yg best ni... sajak ni dipetik drp novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha... best sangat sajak ni.. Selamat membaca (^_^)

Halaqoh ini adalah halaqah cinta kita,
Jika sepasang kekasih berdating di taman,
kita tidak sabar2 dating dalam taman halaqah,


jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
di bawah cahaya rembulan,berdua-duaan, jauh dari orang,
kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,
tanpa takut dan bimbang,


jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
kita berhibur dengan madah kalamullah,


jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas dasar nafsu,
kita berkasih atas landasan ukhuwah fillah, bebas dari dorongan nafsu semata,


jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,


jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
kita sentiasa saling menjaga akhlak n pekerti sesama,
saling nasihat menasihati agar makin berkualiti,


jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,


jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga, dan maruah demi cinta,
kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya,
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya...


haa, sweet kan puisi ni.. nnt k long nk share isu yg kta bincangkn minggu ni.. nantikan kemunculan post tu ek...
Salam.. (^_^)v
OuR FaMiLy.. 

Tuesday, February 8, 2011

Islam and communication :)





Sumber : http://langitilahi.com/bahagian/pemuda/ and www.owhsomuslim.com :)