salam :)
nak share something
copy dr kawan
tajuk : Saka sibudak
usrah..
“kau join usrah? Habisslaa kau! kena "saka fail" lah..Cuba kau
tgok dak2 usrah tu,
Semua result teruk!”
“usrah? Matilaaa aku..
serius, nant study aku jahanam la wei!”
“aku dah kata dah, yg hang dok
keluar tiap2 hujung minggu tu kenapa?
Kan result dah jadi mcm nie.. tgok aku
even main PES2013 yg lagha nie
Ok jer result.. common la! "saka fail" jer
usrah tu!”
Sisi pandang dan respon dari mereka ini,
Mengatakan
munculnya “saka fail” didalam diri dai’e,
Disebabkan segelintir dai’e yg
berlegar disekitar mereka ini,
Menerima ujian "fail exam" dan "result teruk"
dlm study,
Lantas satu gerabak besar dee n tee,
Tercalit tempias dan
persepsi “gelap” ini..
Sedarlah sahabat2 yg kukasihi,
Ayuh kita
murnikan pandang sisi,
Bukankah dalam kalam cinta Ilahi,
Surah Muhammad
nama diberi,
Intanshurullaha yansyurkum,
wayutsabit
aqdamakum.
barangsiapa menolong agama Allah,
niscaya Dia akan
menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu
hujah telah diberi,
namun
anda kian meragui..
muncul persoalan disudut hati,
bukankah usrah tu salah
satu wasilah mendekatkan diri kepada Ilahi?
Kenapa para dai’e menerima ujian
“fail” seperti ini?
Sahabat yg kusayangi,
Bukankah didalam kalam cinta
itu lagi,
Allah mengungkapkan satu titipan suci.
Patutkah manusia
menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
Kami beriman,
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi
sesungguhnya!
Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada
mereka,
maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah
tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
dan nyata pula apa yang
diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Inilah ujian buat mereka
beriman,
Beriman dan meyakini,
Bahawa jalan dakwah dan tarbiyah
ini,
Satu jalan yg mendekatkan diri kepada Ilahi..
Janganlah
berfikiran diruang lingkup yg tertutup,
Dengan menganggap usrah itu suatu
magica,
Yg mempunyai kuasa sakti,
Dengan menyertainya result anda akan
gempak sentiasa?
Bilal bin rabah,
Seorang hamba yg
diseksa,
Ditambah pula selepas mengucap syahadahnya,
Ia makin diseksa oleh
kafir quraish..
Umar al-khatab seorang perwira
Dikala jahiliyah
mahupun ketika menerima nur Ilahi,
Turut diuji dengan ujian dari Allah yg
maha Esa.
Kenapakah mereka ini tidak menerima bantuan dari
ar-Rahman?
Dimanakah pertolongan Allah tika mereka diseksa?
Bukankah
mereka ini telah bersaksi keatas Allah dan Rasulnya?
Bila mindset Islam
itu agama magica,
Yg punca fantasy dan ilusi keindahan mentera,
Maka bila
diuji oleh yg Maha Esa,
Terus kita menunding jari keatas Islam agama yg
tercinta!
Buat duat diluar sana,
Belajar dan teruskan
berusaha,
Jangan sampai kitalah api fitnah dan dusta,
Dalam memburukkan
gerabak yg kian laju kepantasannya..
Kita mungkin mengatakan busy sana
sini,
Lantas mengakibatkan tidak cukup masa study,
Tapi itu semua hanyalah
alasan melepaskan diri,
Kerana adakah konferens riang anda tiap2
hari?
Usrah anda setiap malam hingga ke awal pagi?
Anda sendiri yg
tidak mengurus diri,
Mengorbankan masa study utk program2 tarbawi,
Tetapi
sebaliknya punya masa utk melewati hiburan dialam IT,
Muka buku, pencicit,
xbox mahupun PS3,
Ada masa pula anda utk semua ini?
kenapa tidak
mengorbankan ini?
sebaliknya masa study menjadi mangsa?
Jangan
salahkan islam atas kecuaian diri,
Dalam mengatur hidup agar lebih
berstrategy,
bagi mengharungi dunia yg fana ini.
Ku akhiri coretan
ini
Dengan satu hadis nabi
“Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai
sesuatu kaum,
maka mereka akan diuji.
Andainya mereka redha dengan ujian
tersebut,
maka baginya keredhaan
Allah”
-wallahu’alam-
(Ɔ˘⌣˘)(˘⌣˘)˘⌣˘ C)
-end-