Thursday, July 5, 2012

Khabar Iman.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hihi. Kehadapan akhawatfillah yang dicintai kerana Allah sekalian,
Kaifa halukum?
Lama tak dengar khabar antunna.
Sunyi sepi dan tidak mendengar khabar insan-insan yang hebat ini, yang dahulunya pernah bersama-sama berperang dengan diri sendiri untuk menolak jahiliyah masing-masing dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menerima Islam sebagai cara hidup.

"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." - [al-An'am: 162-163]

Mengenali Islam yang syumul, meliputi seluruh kehidupan.
Apapun, biarlah sepi dari khabar, walaupun kadangkala tidak sempat untuk mengodek2 setiap facebook antunna untuk mengetahui khabar iman masing-masing.
Namun hanya sempat diselitkan doa di dalam hati, semoga antunna masih terus bersemangat, tsabat di atas jalan yang telah dipilih ini.
Semoga antunna menjadi Muharrik di tempat masing-masing.


Alhamdulillah.

Hidup yang diberikan Allah tidak selalunya cerah, tapi terasa begitu indah, menghirup udara sebagai seorang a'bid yang cuba berusaha bersungguh-sungguh mengikut acuan Illahi.

cehh.

Lama benar kita semua tak bersua muka. Untuk ijlis bina nu'minu saah.

Suka kiranya, Ucu(layak lagikah panggilan itu? haha. Setelah masing-masing dah ada keluarga baru), Ucu nak paksa diri untuk berkongsi perasaan di sini. Cuba untuk menghidupkan roh islami sendiri serta menjangkitkan semangat jihad kepada antunna semua.

Subhanallah. 

Kisah pertama kali kita semua disuntik dengan tarbiah begitu hebat. Masing-masing ada jahiliyah masing-masing. Semuanya ada kisah di sebalik, 'Bagaimana aku kenal erti Tarbiah' atau, 'Bagaimana aku Masuk Usrah'. Ucu sendiri, pada awalnya, reluctantly nak pergi Usrah. Erghh. Malas kott. Orang banyak tuto kena buat ni, ada pulak nak kena g surau untuk halaqah. Alhamdulillah, Allah yang gerakkan badan-badan, tanpa berkata, Allah yang beri kekuatan kepada otak, 'Pergilah, diri anda masih penuh lumpur duniawi'. Awalnya, istilah kasarnya, Ucu 'paksa' diri pergi. Ya laa, you have to spent at least 2-3 hours. Serahkan jiwa, tenaga dan masa. Tapi setelah beberapa ketika, Allah telah wujudkan sebuah perasaan yang sangat indah. Ini pertama kali terasa cinta terhadap perempuan =P Hahahahahahaha. Serius, Ucu rasa, tak sabar nak jumpa antunna sekalian. Kita semua tak sama kuliah, jumpa pun sempat hai hai bye bye. Memang, masa Umi bagi SMS, 'Jom jumpa minggu ni!'. Ucu rasa excited lain macam. ouhhhh. Seronok. Entah, perasaan itu datang tiba-tiba. Dan bila dah jumpa, hati melonjak gembira, 'waaaaaaaaaaaaaahhhh, rinddduuuu kat semuaaa', dan masa tu Ucu akan jadi sangat bising. Sampai sekarang, perasaan indah jumpa antunna masih segar terasa. Seakan semalam baru kita berpelukkan, bersalaman, bergelak ketawa, kita makan kek sedap yang Umi bawa sama-sama.

Masih lagi teringat, pertama kali Ucu mula bersua muka dengan Umi, adalah di Tasik, bermula dengan beberapa orang. 5 orang eh? Ucu part nak mengingat ni teruk sikit. Mula dengan bilangan yang sedikit. akhirnya entah bagaimana, bulatan gembira kita mula berkembang menjadi lebih ramai. 12 orang ya? Masing-masing terasa perlukan sesuatu, dan saat itu, masa yang tepat Umi mencurahkan kasih sayang kepada insan yang memerlukan. Kita sama-sama tsiqah antara satu sama lain, masing-masing berebut nak membuat kebaikan, masing-masing mencari erti kehidupan sebagai seorang manusia. Jika sebelum masuk usrah, kita semua disogokkan dengan persoalan yang muncul sendiri, 'Kenapa aku ada kat dunia ni ehh?', dan tak sangka, kita jumpa jawapan kepada persoalan-persoalan ini dalam usrah. ISK, barangkali. Memaknakan erti kehidupan yang sebenar.

Apabila bulatan gembira kita makin berkembang, Umi mengumumkan pengumuman yang bagi Ucu, sangat sedih. Kita terpaksa dipisahkan kepada 3 kumpulan. Umi tau, Ucu rasa Umi tak adil sebab pisahkan adik beradik. HIHIHI. Tapi, akhirnya Ucu faham. Hak mad'u untuk mendapatkan sepenuh perhatian dari seorang murabbi. Mendapat fokus yang betul. Taklah sedih sangat pun lepas tu sebab kita semua tetap berjumpa dalam daurah. Ucu taktahulah kalau antunna ada perasaan macam Ucu. Apabila Ucu nampak antunna, Ucu menjerit-jerit nama antunna dalam hati. Gembira bukan main. Hihi. Ehh, kita baru taaruf kan? Macamana boleh excited jumpa antunna macam kawan baik yang dah lama tak jumpa? Itu namanya ukhuwwah lillah. Semoga masih diteruskan sehingga ke syurga. Kita kan janji nak buat piknik ramai-ramai kat syurga?


Masa dah berpisah usrah jadi tiga, Ucu dan adik beradik dapat murabbi dengan Umi, geng lagi satu dapat dengan Momo, lagi satu jugak dapat dengan Mama Ana. Masa dah duduk dengan family Ucu, Ucu dengan kuasa vitto, memberi gelaran Along, Alang, Angah, Ude, Ateh, Achik, Ucu kat semua. Umi kata salah, sepatutnya kena ada syura. hihi. Maafkan Ucu, Ucu betul-betul rasa antunna macam kakak sendiri. Ucu benar merindui ukhuwwah kita semua. Setiap kali teringat, terasa sangat syahdu. Ucu tak terasa nak menangis. Ucu terasa itu adalah sebuah kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini.


Dan Ucu percaya, masing-masing kini telah menjalankan kehidupan sebagai pelajar degree, meneruskan kehidupan sebagai pelajar, dan insyaAllah, masih meneruskan kerja sebagai daie di tempat masing-masing. Keadaan kita semua mungkin telah berbeza. Walaupun tempat yang sama, macam kat UM pun, perasaan pertama kali disuntikkan dengan tarbiah sangat berbeza dengan sekarang kini kita telah masuk ke zon yang berlainan. Tapi kita kena yakin, Allah takkan beri benda yang sama kalau kita telah merasa selesa. Bukan kerana Allah dengki tapi kerana kasih-sayangNya yang tak terperi itu, Dia tidak sesekali membenarkan kita untuk selesa dan alpa dari menginganti-Nya. Benar, ujian kesenangan itu jauh lebih payah hendak dihadapi berbanding ujian kesusahan.  Dan bersyukurlah kita, kiranya Allah beri ujian kesusahan, tanda Dia rindu mendengar rintihan-rintihan memohon meminta, merasa diri ini kecil, a'bid yang tidak punya apa-apa. Dia rindu.

Akhawat sekalian, kadang-kadang kita rasa ujian yang diberikan ini buat kita sesak, gelap dan rasa ujian kita sangat teruk! Rasa ujian inilah maha hebat yang berjaya membuat kita sesak nafas dan pening kepala dan demam. Tapi sebenarnya, apalah sangat ujian yang Diberi itu kepada kita berbanding ujian yang dihadapi mujahid-mujahidah yang lain? Lupakah kita bagamiana Nabi Muhammad sendiri terseksa dipulaukan semasa di Mekah? Lupakah kita bagaimana, Allah menguji Sumayyah untuk pertahankan aqidah, sanggup mati disula kerana Islam? Bagaimana pula kisah para mujahid Ikhwanul Muslimin semasa As-Syahid Imam Hassan al-Banna ditembak secara kejam di hadapan pejabatnnya, dan saudaranya tidak dibenarkan melawatnya, dalam masa yang sama, anak dididikannya, dicampak secara hina ke dalam penjara? Syed Qutb? Dihukum gantung, semasa pemerintahan Jamal Abdul Naseer yang juga sebenarnya adalah salah seorang didikan Hassan al-Banna? Apalah sangat...Kecil rasa diri ini untuk merungut. 

Memang betul, usrah di sini sangat berbeza. Awalnya, Ucu merungut, asyik call Umi, cakap, usrahmate kat sini semua cam tak memahami, susahlah, nak usrah lamalah. Tapi dah lama, dah hampir setahun. Ucu baru nampak hikmah
"Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya."
 (Riwayat Tirmizi).

Allah takmahu beri keselesaan pada kita dan membuatkan kita lupa. Dan kerja di sini sangat banyak. Tidak ramai yang berkefahaman untuk menjadi seorang penggerak, seorang muharik yang mencari roh-roh yang mahu mengambil jalan dakwah ini. Ucu sendiri tersedak apabila murabbi Ucu, Kak Dina suruh bina usrah sendiri dan disuruh memulakan generasi baru di situ. Ucu yang kecil yang banyak mengarut nak dijadikan murrabbi? erghh. Terasa diri tak layak. Ucu percaya antunna semua menghadapi perkara yang sama. Kalau tak sama, mungkin sama dari segi kita share perasaan rindu dengan semangat roh usrah dulu, kan?

Alhamdulillah.

Banyakkan rasa bersyukur, akhawat sekalian. Kerana kita masih berada di jalan ini. Dan jika ada yang telah ketinggalan, maka tiada istilah terlambat untuk kembali ke jalan ini. Rugilah jika kita dah ketahui manfaat mengikuti keretapi yang menuju Ustaziatul Alam(UA) tapi kita akhirnya sendiri berjalan keluar dari keretapi itu. Jalan kita masih panjang. Tiada jaminan untuk kita masuk syurga kalau kita sendiri main-main dengan kerja dakwah. Futur bukan alasan untuk kita tidak bergerak menjalankan dakwah. Tiada jaminan pun, aje kita dah masuk usrah, kita akan masuk syurga. The ending is more important than the beginning. Samada pengakhiran kita di mana? Maka, kena terus rasa diri perlu pembaikan, teruskan jihad di jalan ini. Taknaklah, kita melepaskan batuk di tangga. Awal semangat, tapi dah lama-lama, kita jadi hangat-hangat tahi ayam. Pesanan buat diri. Murabbi Ucu yang sudah berkerjaya pesan, "Pekatkan diri dengan Tarbiyyah semasa di Universiti, kerana ujian sebenar akan diuji apabila kita sudah berkerjaya, beranak pinak'. Allah uji di situ, adakah benar kita telah berjanji untuk menyerahkan seluruh JIWA, TENAGA dan MASA untuk dakwah?


Tepuk diri, tanya Iman.

Salam kerinduan, salam jihad ^^

Dari insan yang hina yang merindui kalian, 


NurZetty Sofia binti Zainuddin,

Pelajar Tahun Satu,
Jurusan Dietetik,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

2 comments:

  1. serius tak tipu menag rinduuuuu :')
    manis sungguh ukhwah kita, tak boleh dijual beli, kalau ada yg mengganti, tak sama uniknya usrah kita.

    tarbiyah luar biasa :') terima kasih ucu, terima kasih along n adik2 semua, terima kaih umi seorang murabbi yg hebat alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Astarfirullah al-azim... antunalah sebenarnya tarbiah yang hebat buat umi. Dimana umi belajar erti kekuatan, ketabahan, kasih sayang....

    ReplyDelete