Wednesday, July 11, 2012

Pelangi D&T ;)


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamua'laikum! Bagaimanakah kesihatan diri dan iman ibunda, kakanda dan adinda sekalian? :) semoga sentiasa di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang Ilahi. 

Sebenarnya sudah beberapa hari yg lepas menaip untuk entry ini, tetapi masalahnya Pakcik Broadband tetiba terlebih limit! Hehew. Makanya, terlalu lambatlah pergerakan beliau semenjak dua menjak ini. Ini edisi setelah dibelah dua entry awal yg gila panjang lebar dan penuh emosi kerinduan (wahihi) ;)

Ini Sejarah Kita mungkin pemangkin semangat kalian untuk bangkit berdiri dan terus berlari, tapi itu bukan bagi Angah. (sebab tak pergi kan daurah tu hihi) Syahadatul Haq yg disampaikan Kak Hakimah itulah pintu yg membuka mata hati, mencelikkan minda, akhirnya menggerakkan tulang urat sendi semua lah. Malam yg tak mengantuk, segar malah bulat mata, anak tekak terasa gulp gulp, jantung dup dap dup dap mendengar segalanya. Allahu Allah~ Hati nakal berbisik, “Kenapa la boleh terjerumus pergi program ni pulak? Pfft. Choosen one by Him, perhaps. Ya Allah besaq gila tanggungjawab, macam mana nak buattt”.  Mirah tersenyum seakan memahami monolog dalaman si Asfarina, “Macam mana, Asfa? Tu yg aku nak kau sendiri dengar, nanti boleh sampaikan lebih elok apa yg kita dah faham. Kena refresh selalu benda ni, kalau tak hangat-hangat tahi ayam je nanti lepas seminggu dua kembali rasa biasa-biasa”. Insya-Allah, kita boleh buat sama-sama :) akhirnya, segalanya diizinkan Allah untuk kita mulakan langkah dengan perkongsian ISK di surau blok. Alhamdulillah.

Kini, hakikatnya kita semua bertebaran di bumi Allah untuk terus berjuang menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, juga untuk terus menerus menyampaikan risalahnya. Study No.1, but dakwah is not No.2 :) Bukankah kita umat pertengahan? Agar menjadi saksi ke atas nabi dan menyambung perjuangan baginda agar tiada yg menafikan kalimah ‘laa ilaa ha illallah, Muhammadur rasulullah’ tidak sampai kepada mereka? Bukankah kita telah dipilih oleh Allah untuk menggalas amanah ini? Bukan calang-calang tanggungjawab, bukan suka-suka Allah memilih kita. Sebab Dia tahu kita mampu, kita layak melakukannya. Lakukannya sebaik mungkin, sehabis kudrat. Dia tahu kita sudah tanam dalam hati yg Dia sentiasa ada untuk kita, walau seisi dunia tidak menyebelahi kita, Dia tahu kita yakin dengan-Nya. Have faith. Just do it.

Untuk Angah, perpisahan kita ke merata tempat merupakan suatu ujian. Kita patut bersyukur kerana diuji selepas sempat kita mengenal Dia, selepas tahu arah tuju hidup ini ke jalan mana sebenarnya. Selepas ditarbiyah secara intensif, mengikis karat-karat jahiliyah yg bersisa, kita masih lagi berpeluang mengisi cuti panjang dengan USKAB bersama akhwat di kampung halaman masing-masing. Dan akhirnya, pada April 2011, takdir menetapkan yg kita bakal dicampakkan dihijrahkan ke tempat yg terlalu asing, seorang diri.

Ya Allah, mampukah aku kekal di jalan D&T ini? Atau…adakah ini peluang yg turun dari langit untuk aku melarikan diri dan bebas daripada lingkaran keimanan and all those huge end endless responsibilities? Bukan orang kat sini tahu pun aku pernah ditarbiyah atau tak. Inilah peluangnya untuk terbang bebas tanpa tali. Heh. Senyum sumbing.

Teringin benar mengutip kembali habuk-habuk karat jahiliyahmu? Kamu orang-orang yg ditarbiyah jangan merasa mulia bila sekali sudah ditarbiyah. Kamu telah bernikah di jalan ini, maka Dakwah & Tarbiyah (D&T) ini berlangsung seumur hidup, selagi jasad dikandung badan! Sekarang baru diuji sedikit, mengapa terfikir mahu lari?

Berani jamin kamu akan lebih dekat dengan Allah A’zza wa jalla sekali kamu rela hati memesongkan diri daripada jalan D&T ini? Berani jamin mutabaah amal akan lebih kencang apabila kamu rela hati menarik diri daripada lingkaran keimanan ini? Akhir sekali, jika keluar daripada gerabak tarbiyah ini, apa kamu sudah betul-betul yakin yg kamu akan memperoleh tiket ke syurga, lantas berlari-lari dengan jayanya ke sana? Baiklah, kita tengok sejauh mana kamu boleh bertahan. Senyum penuh makna. Bertahan seorang diri bila diasak keinginan nafsu untuk melayani keseronokan duniawi. Ditambah pula dengan panahan si syaitonirrajim yg tak pernah serik menarik kamu agar dekat dengan lembah api neraka.

Astaghfirullah, astaghfirullah astaghfirullahal a’zim. Kami memohon keampunan-Mu ya Allah.

Sekali lagi, mampukah aku kekal di jalan D&T ini seorang diri di perantauan?

Cuba tenang, pejam mata. Ambil nafas dalam-dalam. Hembus.
Mencongak kembali.

Tidak mungkin Allah jadikan suatu benda itu sia-sia, pasti ada hikmah. Alhamdulillah. Rasa lapang dada yg luar biasa bertandang, Hati yg penuh segar mensyukuri nikmat-Nya, berbunga-bunga kembali. Anjakan paradigma yg terurus dan terarah, mula bersambut.

Mungkin sekiranya aku belajar dalam apa-apa jurusan kritikal, masa, ruang dan peluang untukku bercinta di jalan-Nya agak sempit dan terbatas. Mungkin juga Allah mahu menyelamatkanku daripada putus fius (wahaha astaghfirullah ini monolog dalaman no offense adik-adik ^^). Takpun, kemungkinan untuk aku berasa riyak, suma’h, angkuh dan ujub semakin menjadi-jadi! Iyalah, tak dapat elak, sudah tentu bakal dipandang tinggi oleh masyarakat. Takpun, akan berlaku pemilihan yg tidak mudah juga untuk seorang yg belajar di bidang kritikal memilih calon suami yg memahami kerjaya dan sekufu dengannya. Bukankah begitu? Batuk koff koff di tangga.

Alhamdulillah. Orang yg beriman tahu bersyukur atas segala kurnian-Nya. Sedikit atau banyak, pahit atau manis, itu bukan ukurannya. Sekiranya segala ujian dan rasa menjadikan kita kembali, lebih dekat dengan Allah, makanya insya Allah itu indicator kita sudah lulus cemerlang di sisi-Nya! Sebaliknya, sekiranya segala duka dan suka yg diterima semakin menjarakkan kita dengan Allah, itu petanda kita hampir gagal ujian di sisi-Nya. Segalanya berbalik kepada hubungan kita dengan Allah.

Sambung mencongak kembali.
Biar hina di mata manusia, tapi sudah tentu aku tak mahu lebih hina di mata Allah! Biar dipandang sebelah mata atau tak dipandang langsung oleh manusia, tapi sudah tentu tidak mahu Allah memalingkan wajah-Nya daripada aku! Allahurabbi.

Tersungkur sujud syukur. Berlapang dada. Memujuk diri.
Ada hujan dan matahari, barulah pelangi berseri-seri, bukan?
Senyum.

Allah mahu kita luangkan masa lebih di jalan-Nya. Allah juga mahu kita bertebaran ke muka bumi ini dan menarik tangan mereka yg teringin untuk menjadi lebih baik, tetapi tidak pernah langsung disapa dengan ayat-ayat cinta-Nya :) di saat tidak lagi dikelilingi adik-beradik yg membesar bersama dalam Pasukan Anak Solehah Universiti Malaya (PASUM), Allah sebenarnya mahu mentarbiyah kita secara langsung! Agar kita bertawakkal, bergantung sepenuh hati hanya kepada-Nya, bukan terus-terusan meratapi nasib tercampak seorang diri di perantauan.

Allah juga mahu kita melihat dunia dengan kaca mata tarbiyah yang lebih power. Allah mahu kita lebih lebih lebih bersyukur dan sedar akan nikmat-Nya yg terlalu banyak kepada kita selama ini. Saat ini baru kita celik mata hati dan jiwa. Walaupun kita tidak sehebat insan-insan di zaman silam (zaman maktab dan pasum), dengan sedikit kelebihan yg dipinjamkan oleh-Nya, Allah menyuntik semangat dan gerak hati untuk merasakan yg kita mampu melakukannya. Allah menunjukkan peluang yg terbentang di hadapan mata untuk kita berbuat sesuatu, membantu orang lain, dari bermacam-macam aspek.

Allah juga mahu kita menjadi agen untuk seimbangkan dakwah di tempat baru. [Apa kau jangka tempat ini banyak majlis menyuburkan iman membasahkan hati bak cendawan tumbuh selepas hujan seperti di tempat kita dahulu? Semua sangkaan adik-adik err meleset barangkali. Mungkin ada, mungkin Angah je yg tak tahu (?)] Allah tidak mahu kita semua syok sendiri berbulatan gembira dalam ‘comfort zone’ tanpa menghiraukan rakan-rakan di medan lain yg hampir lemas dalam lautan wahn ciptaan sendiri. Allah mahu seramai mungkin hamba-hamba-Nya mengenal Dia dan lama-kelamaan akan berlari kepada-Nya! Sudah tentu Rasulullah S.A.W juga mahu melihat kita semua bekerja keras untuk merawati keadaan umat yg sedang tenat sekarang. Rasulullah amat amat mencintai kita umat-Nya, mahu kita semua selamat daripada dicampakkan ke dalam api neraka. Sekarang, ini tugas kita ; misi menyelamatkan Wonderpets. Semoga usaha kecil bersulamkan istiqamah dapat kita jadikan hadiah kepada baginda :’} Allahumma solli a’laa Muhammad, rinduunya.

Allah menghantarkan juga segerombolan akhawat terpilih di sini untuk bersama-sama membantu kita menyampaikan risalah-Nya. Ya, berbeza kapal terbang (baca:jemaah) barangkali. Mereka PQR. Kakak kapal terbang kita juga daripada universitas seberang, tapi beliau sangat sukar untuk mencapai Angah kerana factor tertentu, ditambah pula Angah bakal berpindah ke hutan belantara jauh berbatu daripada beliau mulai semester dua (semester Februari 2011/2012) sehinggalah graduasi. Yang pasti, semua syarikat penerbangan menyediakan tiket untuk ke syurga-Nya.

Setelah melalui proses syura bersama Momo (err sorry Umi kelihatan sibuk waktu itu) dan menimbang tara faktor persekitaran, Angah memilih kapal terbang PQR. Mereka datang dari universitas seberang, sangat bersungguh mahu menyebarkan ayat cinta-Nya. Manakala, mereka yg di tempat ini (baca:universitas Angah) seakan-akan tidak berkejar langsung memburu kami adik-adik junior untuk dijadikan mutarabbi. Pelik.  Merajuk juga pada awalnya. Sudahlah ada satu sahaja syarikat penerbangan di tempat ini. Mungkin mereka terlalu memilih yg sedia ada background sekolah agama. Sedih. Allah sahaja yg betul-betul memahami gelora jiwa shiuu shiuu Angah waktu itu.

Ada hujan dan matahari, barulah dunia berseri-seri, bukan?
Senyum.

Alhamdulillah, bulatan diadakan setiap minggu. Terkadang hati kering untuk mengangkatnya ‘bulatan gembira’. Astaghfirullah. Saat inilah Allah menguji kita lagi. Sejauh mana kita ikhlas di jalan-Nya. Allah mahu uji, betul ke tak kita buat kerja-kerja ni semata-mata kerana Allah. Allah mahu kita muhasabah diri, luruskan kembali niat semata-mata kerana Allah, bukan kerana akhawat itu, bukan kerana nama kapal terbang kita yg sudah gilang gemilang tersebar ke seantero dunia, dan pasti bukan juga kerana Inche Gabbana sudah menyalakan obor untuk membakar rentung kita. Wahaha.

Sudah berbeza kapal terbang, pasti berbeza pakej dan promosi (baca:method dakwah). Mungkin semangatnya juga tidak sama kencang berbanding kita-kita dahulu, namun seharusnya kita bersyukur lagi dan lagi. Ya, kita mahu mereka punya semangat jihad yg berkobar-kobar, kecintaan yg mendalam, keyakinan yg sudah tak goyah dengan janji-Nya. Semuanya semata-mata kerana Allah. Matlamatnya satu, tiada dua, tiga. Tapi..kita kena faham, tak semua orang pernah rasa apa yg kita dah rasa. Pengalaman dunia tarbiyah kita dan dia ada bezanya, suasana dan bai’ah solehah juga tak semua pernah rasa semantap yg kita pernah alami. Ya Allah, Alhamdulillah Allah pilih kita untuk PERNAH MERASAI kemanisan ukhwah dan bermacam rencah yg mematangkan di jalan D&T ini. Teringat dalam haru berucap, “Kita kena bersyukur dengan ikatan ukhwah yg kita rasa kat surau ni. Kita sangat ramai, penuh saf. Hargailah ilmu yg kita pernah berkongsi. Tak semestinya kita akan rasa suasana yg sama waktu degree nanti. Tapi, cubalah cari. Tetap hidup dalam suasana yg hati dapat merasai betapa tenangnya dalam limpahan kasih sayang Allah”

Dan yg terakhirnya, selalulah ingat yg hidayah itu milik Allah. Kita hanya mampu tunjuk jalan dan cuba buat bersama-sama. Segala hasilnya di tangan Allah. Hati mana yg Allah pilih untuk disapa hidayah-Nya, itu pun kerja Allah. Yakin, Allah tahu yg terbaik. Semoga Allah menambah lagi dan lagi ‘manpower’ bagi memenuhi ‘demand’ ingin ditarbiyah yg semakin hangat di pasaran. Alhamdulillah.

Umi dan adik-adik yg dirindui kerana Allah,

Kita berbeza tempat dan suasana, mehnah dan tribulasi, keselesaan dan kelengkapan juga berbeza bak langit dengan bumi. Tapi matlamat kita sama, bukan? Penat kita sama, sibuk kita juga sama.

Ayuh kita genggam erat hidayah yg telah Allah kurniakan kepada kita ini. Ayuh kita laksanakan tugas Syahadatul Haq kita dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas. Ayuh kita kembalikan Islam ke tempatnya yg haq semula! Sudah-sudahlah beralasan, sudah-sudahlah bermalas-malasan, sudah-sudahlah mahu bermain, sudah-sudahlah mahu lari! Jadikan kisah Abu Bakar as-siddiq, Hanzalah ibn Rabi’, dan Musa’b bin Umair sebagai  pembakar semangat kita. Setiap manusia ada turun naik imannya. Bergelumang dengan dosa, tapi itu bukanlah alasan untuk lari daripada D&T ini. Hebatnya mereka adalah kerana Islam dan hidayah yg mereka terima, hayati dan hadam sampai lumat! Ruh Islam begitu meresap dalam jiwa, sehingga diterjemahkan melalui D&T ini.

Senyum manis seraut wajah tenang ;) Allah tak rugi apa-apa, kitalah yg menggigit jari nanti! Apa tunggu lagi? Just do it, NOW!

***

Doakan kita semua dapat sentiasa syukur, sabar dan ikhlas (SSI). Di sana sini pasti ada ujian duka dan suka yg menuntut untuk kita SSI. Syukur daripada seremeh-remeh benda, sabar melahirkan kekuatan jiwa, dan kekuatan jiwa hanya dapat diperoleh melalui amal ibadah yg ikhlas :) Semoga Alllah redha.

Saya sayang kita semua. Rindu! Kita jumpa kat syurga, kan kita dah janji nak picnic bersama?

Senyum manis kenyit mengenyit. Pelangi sudah berseri-seri. Alhamdulillah.

Allah, perkenankanlah. Ameen. Uhibbukunna fillah.
Wassalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh ukhti fillah :)


p/s # entry Inche Gabbana bertarikh 11 July 2012, bertajuk Roger Federer pon pernah futur juga seakan bersesuaian jika disisipkan bersama entry ini. Bolehla menjenguk, demi kemaslahatan kita adik-beradik bersama :* 

Majalah JOM! penguat semangat dan bekalan hebat untuk terus mengutip ilmu di jalan ini. Terima kasih Allah kerana menghadirkan Majalah JOM! untuk tatapan kami :) tiada gambar penyeri, internet lambat hii. Wassalam.

No comments:

Post a Comment